Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 13 Oktober 2026
1. Perkhidmatan
Perkhidmatan ClosingBot disediakan oleh ABFARA ENTERPRISES (No. SSM 202503003587 (AS0489299-K)), Kampung Lubuk Bayu, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah, Malaysia ("kami"). Dengan mendaftar dan menggunakan ClosingBot, anda bersetuju dengan terma ini.
ClosingBot menyediakan chatbot AI yang membalas mesej WhatsApp customer bagi pihak perniagaan anda, berdasarkan maklumat yang anda berikan.
2. Langganan & bayaran
- Langganan dibayar bagi setiap tempoh 30 hari mengikut pakej yang dipilih. Tiada kontrak jangka panjang.
- Bot berhenti membalas apabila langganan tamat atau kuota balasan habis.
- Bayaran yang telah dibuat tidak dikembalikan untuk tempoh yang sedang berjalan, kecuali dinyatakan sebaliknya.
3. Tanggungjawab anda
- Pastikan maklumat produk, harga dan cara bayaran yang anda masukkan adalah tepat dan sah.
- Patuhi Dasar WhatsApp Business dan Dasar Perdagangan Meta, termasuk tidak menjual barangan terlarang.
- Semak sendiri setiap bukti bayaran daripada customer. Bot tidak mengesahkan bayaran.
- Jaga kerahsiaan akaun dan kata laluan anda.
4. Had liabiliti
Balasan bot dijana oleh AI dan mungkin tidak sentiasa tepat. Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat balasan bot, gangguan perkhidmatan pihak ketiga (seperti Meta/WhatsApp), atau maklumat salah yang dimasukkan oleh pengguna.
5. Penamatan
Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa. Kami boleh menggantung akaun yang menyalahgunakan perkhidmatan atau melanggar terma ini atau dasar Meta.
6. Privasi
Lihat Dasar Privasi kami.
7. Undang-undang & hubungi
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di halaman Hubungi Kami.